5 Idea Bisnes Untuk Surirumah

Dulu orang selalu pandang rendah dengan status wanita yang bergelar surirumah. Mereka selalu dicop memperabis duit suami jer kan? Betul tak surirumah yang sedang membaca artikel ni? Maka sebab tu lah ramai surirumah bangun untuk membuktikan yang mereka juga mampu jana pendapatan tambahan sekaligus meringankan beban suami.

geng_surirumah_santai_de_rhu_resort_pantai_balok_kuantan_900x598_0012
Surirumah kini makin serius memilih perniagaan yang sesuai dengan mereka

Sekarang ramai dah golongan surirumah yang mampu jana pendapatan tambahan sendiri . Paling membanggakan, walaupun mempunyai masa yang amat terhad antara mengurus tugas sebagai suri dan pekerjaan /perniagaan yang dilakukan, tetapi ramai juga yang berjaya dengan perniagaan tanpa mengabaikan tanggungjawab sebagai surirumah.

Anak-anak tetap mendapat perhatian, suami tetap pulang kerja dengan disambut oleh isteri.. Segala hal ehwal rumahtangga dibuat sendiri tanpa mengharapkan pembantu rumah. Hebat tak kaum surirumah ni? Bagaimana mereka lakukan semua tu?

Team GS adalah sebahagian daripada surirumah yang dimaksudkan di atas. Oleh sebab itulah GS support geng-geng surirumah lain untuk bangun. Maka sebab itulah GS nak berkongsi tentang idea-idea bisnes untuk surirumah. Diharap dapat memberi manfaat kepada surirumah lain yang masih tercari-cari peluang bisnes yang sesuai dengan diri mereka.

5 Idea bisnes untuk surirumah

1.Menjahit Pakaian

Menjahit pakaian adalah salah satu pekerjaan yang sangat sinonim dengan surirumah. Namun, memerlukan skill tersendiri. Bagi yang gemar menjahit tentu boleh menjalankan perniagaan ini dengan mudah. Untuk mereka yang tak pandai menjahit pun tetap boleh menjalankan perniagaan ini. Cara paling mudah, upah pekerja yang mahir dan bayar mengikut pesanan yang diterima.

Surirumah harus kreatif dalam pemasaran, lakukan promosi secara online atau sebarkan risalah ke setiap rumah yang berhampiran dan sebagainya. Tawarkan servis door-to-door, bagi siapa yang ingin membuat tempahan baju anda boleh datang ke tempat/kediaman mereka dan mengambil ukuran dan tempahan di sana

2. Membekal Makanan atau Kuih-Muih

Surirumah memang suka explore skill dan teknik memasak. Apakata bagi anda yang gemar memasak, cuba perniagaan ini. Anda tak perlu keluar menjual, tetapi bekerjasama dengan penjual makanan atau kuih muih yang sedia ada, gerai, warung, restoran untuk menjual makanan / kuih muih anda. Boleh deal sama ada nak jual secara consignment atau borong. Anda cuma jadi pembekal kepada mereka.

Jika tak pandai masak, buku resepi kan dah banyak jual di pasaran. Cuba ikhtiar sertai mana-mana seminar/ kursus masakan jangka-pendek untuk membuat sebarang masakan atau kuih muih. Jadi, tunggu apa lagi? Menarik bukan idea ni?
3. Jual Hijab/ Tudung Secara Online

Menjual tudung secara online memang menjadi trend masakini. Namun, tak bermaksud pasaran dah tepu kerana kajian menunjukkan masih banyak permintaan untuk tudung ni. Lakukan secara online lebih jimatkan kos. Tak perlu modal yang besar untuk memiliki butik, premis dan stok barang.

Selain itu, anda boleh berkerjasama dengan pengeluar atau pembekal hijab dan mendapatkan harga diskaun. Naikkan beberapa % bagi setiap item. Sebagai contoh harga 1 helai RM20, anda boleh jual dengan harga RM30, beri diskaun 10% tidak termasuk kos penghantaran. Anda tidak perlu menyimpan stok, sekiranya terdapat pesanan terus anda berurusan dengan pembekal tersebut. Aktiflah di media sosial samada Facebook, Twitter dll. Iklankan produk anda di web dan forum jual beli seperti mudah.my. Jawab setiap pertanyaan pelanggan dengan cepat dan baik akan sangat membantu meningkatkan kredibiliti perniagaan anda.

4. Menjual Produk Kosmetik dan Sabun

Perniagaan ini tidak akan kurang permintaannya Umumnya perempuan gemar menjaga dan merawat kecantikan dan kesihatannya. Jika produk yang dijual bagus dan berkualiti, maka re-peat order akan terus-menerus berlaku, membolehkan perniagaan anda makin berkembang dan maju.

5.Menjual Supplement / Produk Kesihatan

Idea ini amat-amat disyorkan lebih-lebih lagi jika anda mementingkan kesihatan seisi keluarga. Jika dilihat daripada semua idea di atas, produk kesihatan lebih efisien sebabnya jika kita nak jual sesuatu produk, dah tentu terlebih dahulu kita sendiri adalah pengguna produk tu. Jadi, jika anda sebagai surirumah yang prihatin terhadap kesihatan keluarga, GS sangat syorkan anda menjadi agen Produk Kesihatan VMAlife kerana ianya memenuhi ciri-ciri yang GS sebut di atas di mana tanpa mengabaikan keluarga pun anda masih mampu berjaya dalam perniagaan ini. Klik di sini untuk lihat model perniagaan VMAlife yang berkonsepkan kekeluargaan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge