About

Geng Suri Rumah ialah…

Sebuah platform untuk komuniti suri rumah berkongsi kisah suka duka sebagai suri rumahtangga. Selain itu, kami kumpulkan juga kisah-kisah kejayaan  kaum wanita yang bergelar Suri Rumah agar memberi inspirasi kepada para suri rumah yang lain.

Kami tidak memandang ‘kisah kejayaan’ hanya dari sudut bisnes/ kejayaan surirumah itu sendiri yang berjaya menghasilkan wang jutaan ringgit, malah kami memandang kejayaan dari sudut yang lebih umum seperti kejayaan menguruskan rumahtangga dari pelbagai aspek hingga memberi sumbangan besar terhadap institusi kekeluargaan. Paling penting boleh dijadikan contoh yang baik kepada surirumah lain.

Ya, memang fokus kami hanya kepada suri rumah sahaja. Tetapi… kami tak limitkan hanya kepada surirumah wanita semata-mata. Kami juga berkongsi tentang isu House Husband seperti Suami Suri Rumah, Isteri Bekerja .

Objektif kami ingin mengangkat status surirumah itu sendiri yang sering dipandang sebagai individu yang tidak bekerja dan banyak mempunyai masa lapang di rumah. Tetapi hakikat sebenar adalah sebaliknya kerana Surirumah adalah pekerjaan terbaik dalam dunia.

Selain itu kami juga membuka peluang kepada anda untuk berkongsi apa sahaja cerita berkaitan kehidupan dan permasalahan yang dihadapi oleh surirumah.

Kelebihan..

Kami akan creditkan nama anda sebagai penulis asal jika penulisan tersebut 100% milik anda. Jika anda juga adalah seorang blogger, kami akan link kan ke url blog anda.. Jika anda mengubahsuai daripada idea asal orang lain punya, sila nyatakan sumber URL yang anda dapat..creditkan kepada penulis asal. (Ingat jangan tipu tau.. Allah nampak 😉

Periklanan

Bagi pengusaha produk atau agen-agen jualan yang ingin mengiklankan produk anda di blog ini, di mana target market anda ialah golongan wanita sama ada bekerjaya atau surirumah, single atau berkahwin.. Sila emailkan ke admin@gengsurirumah.com atau terus berhubung dengan admin kami,  emaPuan Shima di 011

Semoga blog ini memberi manfaat kepada kita semua. In Shaa Allah kami akan cuba yang terbaik untuk penuhi permintaan anda.