Resepi Suri Rumah-Ais Krim Buah Laici

RESEPI SURI RUMAH- AIS KRIM BUAH LAICI : Kami di GS yakin ibu-ibu pasti lebih gembira lihat anak-anak nikmati hidangannya sendiri termasuk dessert seperti ais krim. Takde budak-budak yang tak sukakan ais krim. Jadi, apa kata kita buat sendiri resepi ais krim di rumah.

Untuk hari ni, GS nak kongsikan resepi Ais Krim yang menggunakan buah Laici. mudah sahaja…

Bahan-Bahannya:

  • 1/2 tin sirap laici
  • 6 biji buah laici
  • 3 cawan air
  • Gula secukup citarasa anda

Cara Membuatnya:

  1. Pecah atau siatkan buah laici kepada cebisan yang kecil.
  2. Satukan air syrup laici dan air,kacau hingga gula larut.
  3. Masukkan cebisan buah laici kemudian bolehlah dituang kedalam acuan.
  4. Bekukan dan siap untuk dimakan.

Ok selamat mencuba. Jika anda rasa resepi ni sangat mudah dan bermanfaat, marilah kita share beramai2.

 

Sumber : FB Resepi Sedap

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge