Ibu berubah jadi Tarzan ?

Yahooo… Cuti sekolah dah bermula. Maka bermulalah episod suka duka ibu jadi tarzan di rumah.

Huh..biar betul.. Macamana ibu tiba-tiba bertukar jadi Tarzan pulak di rumah?

Kenapa GS cakap macam tu? Sebabnya.. ibu akan jerit-jerit macam Tarzan untuk..

  • kejutkan anak bangun pagi
  • kejutkan anak bangun solat Subuh
  • suruh mengaji pagi
  • suruh mandi pagi
  • suruh sarapan pagi
  • suruh padam TV sebab anak-anak akan leka mengadap TV time cuti sekolah.
  • suruh belajar tolong ibu kemas rumah
  • suruh solat Zohor
  • suruh makan tengahari
  • suruh solat Asar
  • suruh mandi petang
  • suruh padam TV – memanjang jer anak-anak tengok TV kan…
  • suruh solat Maghrib
  • suruh mengaji lepas Maghrib
  • suruh makan malam
  • suruh basuh pinggan
  • suruh baca buku – mentang-mentang cuti sekolah anak-anak pun liat nak baca buku.
  • suruh solat Isyak
  • suruh stop mengadap TV. mentang-mentang esok tak sekolah sampai tengah malam anak-anak mengadap TV.
  • suruh tidur malam.

 

So.. esok akan bermula la mak-mak jadi Tarzan. itu belum lagi cerita anak-anak lelaki nak main bola atau basikal sampai Maghrib baru nak balik rumah. Belum lagi episod anak-anak perempuan malas nak mengemas rumah. Belum lagi cerita anak-anak yang nak mengadap gadget main game memanjang.

Belum lagi cerita adik-beradik bergaduh bagai. Mula-mula elok jer diorang main gelak-gelak bergurau senda. Main geletek-geletek. kejar mengejar.. last-last jadi sepak terajang bagai.

Last sekali dapat sepak terajang dari mak dia..

Buat ibu-ibu sekalian.. para surirumah berhati berlian.. bersedialah emosi dan mental anda semua yer. Banyakkan bersabar, banyakkan zikir.. banyakkan beristighfar.

Kita kecik-kecik dulu pun sama.. malah lebih hebat lagi. Rotan, hanger, beluti, tali pinggang, getah paip.. memang dah jadi makanan harian. Betul tak ibu-ibu sekalian? Heheheheee… Oleh itu.. bersabau je lerrrr… yerr!

 

Kalau rasa artikel ni kelako.. acu traa.. Share.. 🙂

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge