Kisah Benar – Kesan Gadget Terhadap Penglihatan Anak

Kisah Benar – Kesan Gadget Terhadap Penglihatan Anak: Di era teknologi yang sangat pantas bergerak ini, macam-macam dugaan yang kita lihat pada golongan ibu bapa (terutama surirumah) dalam membentuk sikap anak-anak. Ramai ibu bapa merungut tentang masalah sukar nak tegur atau menghalang anak-anak mereka daripada melakukan apa yang mereka suka, terutama sekali yang melibatkan penggunaan gadget.

Ya, kanak-kanak zaman sekarang memang dah sebati dengan gadget. Itu yang GS selalu nampak dan alami sendiri apabila anak-anak GS sendiri yang berusia sekitar 5-10 tahun asyik minta nak main game jer bila nampak handphone. Tak dapat handphone, laptop pun dia capai. Dalam kepala dah tak fikir tentang laptop yang GS tengah nak buat kerja.

Apa yang mereka fikirkan hanyalah game dan keseronokkan semata-mata. Maklumlah.. nama pun budak-budak. GS faham kerisauan ibu bapa bila lihat anak-anak terlalu mengadap gadget ni. Yerlah.. ibu bapa mana yang tak mahu lihat anaknya pintar dan cerdas. Kalau kena gaya, gadget boleh bertukar menjadi sesuatu yang bermanfaat kepada anak-anak.

Kebaikan Gadget

Tak dinafikan, melalui gadget jugak, anak-anak boleh menjadi pintar dan cerdas. Malah.. gadget boleh dijadikan alat bantuan untuk mereka jadi lebih bijak kerana teknik pembelajaran yang sangat menyeronokkan. Ada juga anak-anak yang pintar membaca sebelum umur mencecah tadika lagi. Namun, harus waspada dan beringat selalu, disebalik kekuatan.. gadget juga memberi impak yang merbahaya terhadap penglihatan anak anda.

Berbalik kepada tajuk asal entry ni iaitu mengenai satu kisah benar tentang Kesan Gadget terhadap Penglihatan Anak.

Seorang ibu telah bercerita…

Pada suatu hari anaknya yang berumur 6 tahun mengadu sakit mata. Ibunya yang risau membawa anaknya ke hospital. Dan apa yang mengejutkan, anaknya sudah mengalami tahap rabun yang kritikal. Menurut doktor, inilah kesan screen time atau pendedahan berlebihan terhadap gajet.

Semoga mendapat iktibar…

Berikut merupakan saranan terhadap ibu bapa mengenai kanak-kanak dan gadget. (dikongsikan oleh Puan Ashikin Hashim, Penulis buku “Early Childhood Practitioner” dan founder of “I Can Teach My Child To Read” module) . Menurut beliau…

Anak-anak saya sendiri dibenarkan main games tetapi mempunyai jadual tertentu. Hari yang dibenarkan hanya Sabtu dan Ahad sahaja dan tidak melebihi 2 jam. Itu pun sangat jarang sebab kebanyakan masa kami suka outing bersama.

Banyakkan aktiviti fizikal seperti bermain bersama anak-anak untuk mengelakkan anak terlalu banyak menghabiskan masa di depan skrin.

Ini pula saranan pakar berkenaan penggunaan gajet kepada kanak-kanak:

Bagi anak di bawah 2 tahun, adalah tidak digalakkan untuk diberi guna gajet. Banyakkan direct teaching, direct touch dan banyakkan komunikasi dengan anak.
Bagi anak 2 tahun ke atas, boleh dibenarkan penggunaan gajet namun perlu dihadkan hanya 2 jam sehari sahaja.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge