Nabi Pukul Anak Tak?

Happy family with several members in education process

Nabi Pukul Anak Tak? : Ramai yang bertanya.. Nabi pukul anak tak? Apa nasihat Nabi dan saranan baginda dalam mendidik anak?

Sempena Maulidur Rasul, kami di GS nak berkongsi dengan anda semua tentang Tip Berlemah Lembut dan Tidak Memukul Anak

Saya suka menjadikan hadith Nabi berkenaan solat sebagai motivasi dalam mendidik anak-anak. Baginda menyebutkan tentang menyuruh anak solat pada umur 7 tahun dan memukul jika anak engkar SOLAT pada umur 10 tahun.

Umur 10 tahun baru boleh pukul. Itu pun sebab TIDAK SOLAT. Nabi bagi masa 10 tahun untuk didik anak berkenaan solat.

  • BUKAN sebab tak siap homework.
  • BUKAN sebab sakat adik.
  • BUKAN sebab tumpahkan air.
  • BUKAN sebab mengada-ngada.
  • BUKAN sebab tak nak pergi sekolah.
  • BUKAN sebab pecahkan pinggan.
  • BUKAN sebab makan bersepah.

Tidak pernah kita melihat mana-mana hadith yang menceritakan tentang Nabi memukul anak mahupun cucu baginda.

Tapi hadith tentang kasihnya Nabi pada anak kecil, ada. Hadith tentang Nabi bermain dengan cucu baginda, ada. Nabi berlemah lembut dan bersifat ihsan terhadap anak kecil, ada. Hadith melarang menipu anak kecil, ada.
Jika rasa nak marah atau nak pukul anak, fikirkan ini dahulu:

  1. Ingat hadith tentang solat.
  2. Anak umur berapa? Kita umur berapa? Siapa yang lebih berumur dan berakal. Adilkah pukulan umur 30 tahun terhadap anak berumur 7 tahun yang tiada daya dan upaya?
  3. Dapatkan bantuan dan sokongan. Dari suami/isteri. Dari support group. Dari kawan-kawan. Dari saudara mara jika tak dapat handle anak.
  4. Banyakkan tuntut ilmu. Baca buku. Jumpa pakar. Saya sarankan baca buku TARBIYATUL AULAD oleh DR ABDULLAH NASIH ULWAN.

Ya Rasulullah. Kami malu padamu. Kami selalu tersasar dari sunnah dan ajaranmu. Kadang kami lupa bahawa engkau lah yang paling mengasihi anak kecil tapi kami tidak mengasihi mereka sepenuh jiwa dan rasa.
Engkau menganjurkan berkasih sayang, tapi kami bongkak mendabik dada – aku ayah! Kau kena dengar cakap ayah!
Engkau mengajurkan berlemah lembut, tapi kami cubit, sepak, tendang, pukul tanpa belas ihsan sampai ada yang mati di tangan ibu bapa mereka sendiri.

Sollu ‘alannabiy!

 

====

Artkel di atas ditulis oleh Puan Ashikin Hashim atau lebih dikenali sebagai Mak Pengetua. Semua orang dijemput¬†datang ke Genius Aulad Saujana Utama pada 24 Disember untuk mendengar perkongsian beliau. Semoga kita dapat berkongsi pendapat dan pengalaman bersama. ” Connect with Your Child “

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge