Resepi Ais Krim Coklat

Resepi Ais Krim Coklat: Hari tu ada yang minta GS kongsikan Resepi Ais Krim Coklat. GS cuba intai2 di media sosial dan terjumpa resepi ni di facebook. Nampak sedap dan penyediaannya pun mudah sahaja. Jadi GS kongsikan di sini untuk manfaat kita bersama. Boleh lihat credit sumber pada bahagian bawah sekali resepi ini…

AISKRIM COKLAT

Bahan-bahannya:

  • 4 biji kuning telur
  • 1/2 cwn gula
  • 500 ml susu segar
  • 1 sudu teh tpg jagung
  • 3 sudu besar serbuk koko
  • 250 gm krim putar

Cara membuatnya:

  1. Masak kesemua bahan kecuali krim putar dan biarkan sejuk.
  2. Setelah sejuk tuangkan didlm bekas bertutup dan msukkan kedlm freezer selama 2jam.
  3. Pukul krim putar sehingga pekat (terbentuk garis2 melengkung pd krim).
  4. Campurkan krim putar bersama bahan 1,gaul rata dgn senduk shj.
  5. Simpan dlm freezer semalaman.
  6. Setelah itu,keluarkan dan pukul dgn mixer sehingga aiskrim aiskrim kmbang 2x ganda bnyaknya.
  7. Masukkan aiskrim kedlm bekas bertutup dan simpan dlm freezer sehingga mengeras dan bolehlah dihidangkan.
  8. Sebagai tambahan anda boleh campurkan coklat chip,coco crunch atau coklat kit diatasnya sebagai topping.

Amacam? Ok tak? Nampak mudah jer kan. Ok cuba anda buat.

Jika ada yang ingin berkongsi apa sahaja artikel atau resepi di sini, sila hubungi admin kami. Kami akan creditkan resepi kepada nama /jenama anda dan beri anda ‘backlink’ percuma.

 

Sumber: FB Resepi Sedap

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge