Resepi Bubur Lambuk Azimah

Assalam..hai,bertemu lagi kita…sempena di bulan Ramadhan al mubarak yang mulia nie saya ingin mengucapkan selamat berpuasa bagi yang beragama islam…semoga segala amalan dan ibadah yang dilakukan diterima serta mendapat keberkatan dan rahmatNya..Insha Allah….Mudah-mudahan…

Pertama sekali saya ingin kongsikan satu resepi yang sering saya buat bila tiba time puasa…apa lagi kalau bukan bubur lambuk …resepi asal nie saya dapat dari seorang kawan ,namun resepi tu kini saya telah upgrade dengan citarasa utara dan memberi nama bubur lambuk Azimah!..hehehe.. ┬ákalau nak tau bubur lambuk nie telah menjadi kegemaran rakan2 guru di sekolah saya dan ada di antara mereka yg menempah bubur lambuk nie utk majlis iftar atau sebagainya .namun ada juga yang minta resepi nie dari saya…jika nak tau apa resepinya jom lah tengok di sini…

Bubur lambuk Azimah

Bahan:

*2 cawan beras-bersih dan toskan

*1 mangkuk kecil daging/ayam (jika guna daging pastikan direbus lebih awal)

*segengam udang kering

*1 sb biji halba (boleh juga digantikan dgn herba campur)

*1 kiub pati ayam /1 sb serbuk pati ayam knorr

 

2 helai daun kunyit- dimayang

1 batang lobak merah-potong dadu

1 mangkuk kecil lobak masin-potong dadu(optional)

1 cawan santan pekat

garam secukup rasa

daun sup

daun bawang

bawang goreng

 

bahan rempah utk menumis:

sedikit rempah 4 sekawan(kayu manis,buah pelaga,bunga lawang ,bunga cengkih)

4 ulas bawang merah -dikisar

2 ulas bawang putih -dikisar

2 cm halia -dikisar

2 batang serai -dikisar

segengam ikan bilis –┬ádikisar

2 sb rempah sup(sy guna rempah sup soto mak siti)

1 sb serbuk lada hitam

cara-cara:

Masak nasi bersama bahan yang bertanda *.Pastikan air utk dimasak dilebihkan . sementara menunggu nasi masak dan mengembang bolehlah kita menumis bahan2 rempah..

mula2 tumis rempah 4 sekawan,kemudian masukkan bahan yang dikisar bersama rempah sup dan serbuk lada hitam…masak hingga pecah minyak.bila hampir kering tutup api.

Bila nasi dah mula nak kembang bolehlh campurkan rempah yg ditumis tadi.masukkan bersama lobak merah,lobak masin dan daun kunyit..semasa proses memasak tu bubur perlu sentiasa dikacau,api pula jgn terlampau kuat dan jangan lupa pastikan air sentiasa ditambah supaya bubur tak terlalu pekat…bila dah sebati semua bahan,bubur nasi betul2 kembang (tempoh memasak bubur lebih kurang 2 jam), barulah dicampur santan,daun sup dan daun bawang…jgn lupa garam yer…lps tu tutup api.hidangkan bersama bawang goreng…yummy!

selamat mencuba…

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge